NADI e-System Training on Inventory and Maintenance Module
27 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2025, telah berlangsung NADI e-System Training on Inventory and Maintenance Module. Program ini berlangsung secara dalam talian (Zoom). Program ini dijalankan oleh pihak NERA bertujuan untuk memberi penerangan kepada staf dengan lebih terperinci mengenai eSystem CMS. Taklimat ini bermula pada pukul 03:00 petang sehingga 05:00 petang.
Antara penerangan yang diberikan oleh encik Azizul selaku wakil NERA adalah memberitahu staf cara untuk memasukkan senarai barang yang terdapat di NADI untuk dimasukkan didalam e-sistem. Seterusnya, encik Azizul memberi senarai Inventory Declaration kepada Staf NADI untuk diisi didalam e-sistem. Akhir sekali, puan Hidayah sebagai wakil MCMC memberitahu tarikh akhir untuk pengisian Intventory Declaration iaitu 07 Mac 2025.
Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memudahkan staff NADI untuk mengetahui eSystem dengan lebih lanjut. Taklimat ini juga dapat membina hubungan baik di antara staf NADI dengan pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: